Jawatan Kosong: Patient Support Executive

(Clinical Operations – Level O)

Pusat Perubatan Naturopati Alaufa
Lokasi: Tanah Merah, Kelantan
Pengambilan: Januari


Tujuan Jawatan

Jawatan Patient Support Executive bertanggungjawab melaksanakan operasi harian sebenar bagi memastikan pesakit Alaufa rasa dijaga, patuh rawatan dan konsisten sehingga mendapat hasil.

Ini adalah jawatan pelaksana (execution role), bukan jawatan merancang strategi. Semua tugasan dilakukan mengikut SOP, skrip dan flow kerja yang telah ditetapkan.


Skop Tugas Terperinci

A. Onboarding Pesakit Baru

  • Menerima notifikasi pesakit baru daripada team Sales
  • Menghantar mesej alu-aluan menggunakan template rasmi
  • Menerangkan flow rawatan Alaufa secara ringkas dan jelas
  • Menghantar arahan awal pengambilan remedi
  • Memasukkan pesakit ke WhatsApp Group Bimbingan
  • Memastikan pesakit faham langkah seterusnya

B. Pengurusan WhatsApp Group Bimbingan

  • Memantau perbualan pesakit dalam group
  • Menjawab soalan mengikut skrip yang dibenarkan
  • Memberi peringatan pengambilan remedi
  • Menenangkan pesakit apabila simptom muncul
  • Mengekalkan suasana group yang terkawal
  • Mengalihkan isu sensitif ke mesej peribadi

C. Follow-Up Pesakit Berjadual

  • Follow-up Hari 3, 7, 14 dan bulanan
  • Bertanya respon badan dan simptom
  • Merekod maklum balas pesakit
  • Mengingatkan kepatuhan rawatan
  • Mengesan tanda awal masalah

D. Pengurusan Isu & Aduan

  • Menerima aduan dengan empati dan profesional
  • Menenangkan pesakit menggunakan skrip
  • Menentukan tahap isu (ringan / serius)
  • Membuat eskalasi jika perlu
  • Memaklumkan tindakan kepada pesakit

E. Pemantauan Kepatuhan Rawatan

  • Memantau jadual pengambilan remedi
  • Mengingatkan pesakit yang tidak konsisten
  • Memberi galakan untuk teruskan rawatan
  • Mencatat isu kepatuhan dalam rekod

F. Koordinasi Team

  • Maklumkan status pesakit kepada Sales
  • Berikan maklum balas kepada Production
  • Laporkan isu kritikal kepada Supervisor
  • Ikut arahan taktikal Operation Lead

G. Dokumentasi & Rekod

  • Kemas kini rekod pesakit
  • Catat perubahan simptom
  • Simpan sejarah komunikasi penting
  • Pastikan data lengkap dan kemas

H. Sokongan Sambung Rawatan

  • Ingatkan tempoh rawatan hampir tamat
  • Maklumkan pilihan sambung atau upgrade
  • Serah kepada Sales jika perlu
  • Pastikan transisi berjalan lancar

I. Pematuhan SOP & Etika

  • Ikut skrip dan guideline komunikasi
  • Tidak menjanjikan kesembuhan mutlak
  • Menjaga privasi pesakit
  • Kekalkan nada empati dan profesional

Kelayakan Minimum

  • Ijazah / Diploma / STPM / Sijil berkaitan
  • Boleh guna WhatsApp dan Google Sheet
  • Boleh berfikir secara tersusun dan kritikal
  • Sabar, tenang dan empati
  • Sanggup buat kerja rutin & follow-up

Gaji & Faedah

  • Gaji: RM1,700 – RM3,000 (ikut pengalaman & prestasi)
  • Caruman KWSP & SOCSO
  • Latihan dan sistem kerja disediakan
Scroll to Top